Kerajaan dalam perancangan untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark ketiga negara selepas Langkawi dan Kinabalu melalui Sarawak Delta Geopark (SDGP).<br /><br />Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, SDGP akan dipulihara dan dibangunkan bersama kerajaan pusat sebagai tapak geopelancongan selain sumber warisan seperti biologi, budaya dan tradisi setempat.
